Dalam sidang media yang ringkas di Wisma Casanova, wartawan kontroversi, Robertosadid De Zulhimi telah mengaku bersalah dalam kontroversi Liga FutsalCasa yang membabitkan 2 wartawan LAWAS.
“saya tidak berniat nak mulakan semua kontroversi ini, sebenarnya, saya dan Jojet merupakan kawan yang sangat baik, kami mula berkenalan sejak berusia 5 tahun di Kem Latihan Pemain Muda Casanova, tiba-tiba sahaja, berita pemindahan dia dibuat. Saya cuba menghubunginya ketika itu, tetapi tak berjaya, saya cuba menghubungi ketua pasukan dan rakan yang lain, tetapi pada ahad yang lepas mereka sedang berada di England bagi perlawanan antarabangsa menentang Perancis. Jadi saya sangka berita ini tipu semata-mata, saya hanya tahu pemergian Jojet hanya selepas kami mensayurkan Hok Piye” ulas sadid sambil teresak-esak kesedihan.
Sadid dikatakan telah mampu mengumpulkan segala kudratnya untuk meneruskan perjuangan Casanova tanpa kehadiran Jojetudinho. “saya juga ingin meminta maaf kepada semua orang yang terasa sakit akibat perbuatan saya sebelum ini,” tambah sadid sebelum meninggalkan Wisma Casanova untuk ke pasar bagi memenuhi perutnya.
Maka dengan ini berakhirlah kemelut kontroversi Liga FutsalCasa. Wartawan kontroversi itu dijangka akan menghadapi dakwaan yang berat oleh Pengurusan Liga FutsalCasa dan dijangka akan meninggalkan dunia kewartawanan atas alasan peribadi.