"Tidak ada gunanya sekiranya kita terus berperang melalui media. Kita harus fokus kepada apa yang lebih penting (Kerjasama)" kata Pengurus Liga Futsal Casa, Anas Amios. Beliau berkata sedemikian setelah meluangkan masa bersama wartawan kontroversi, Robertosadid de Zulhimi, dan Patrick, serta wartawan2 LAWAS yang lain.
Pengakuan salah itu disambut dengan damai oleh pengurus liga tersebut. "Perkara inilah yang diajar dalam agama kita. Ukhwah perlu dijalin dengan baik. Kekuatan itu datang dari ukhwah. Lihatlah team2 yang menang, semua punyai teamwork yang baik."
Apabila ditanya tentang tindakan yang akan dikenakan ke atas wartawan tersebut, beliau menjawab, "Kita tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Perbuatan beliau (Robertosadid) merupakan perbuatan mulia, dan kesilapan beliau tidak disengajakan. Kita adalah manusia yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Saya juga memohon maaf kepada beliau dan semua pihak yang terasa hati."
Presiden LAWAS, menegaskan, wartawan kontroversi tersebut, tidak dibenarkan diri dari menarik diri dari dunia kewartawanan.
"Berita yang disampaikan meningkatkan populariti media Futsal Casa, kita perlukan orang seperti dia. Beliau akan sentiasa bersama LAWAS." Kata Patrick di kediamannya dalam majlis ramah mesra LAWAS.
"Kita maukan media yang hangat, padat dan memberi faedah. Ini merupakan matlamat LAWAS. LAWAS berdamai, media akan terus hangat." ujar beliau.
Apr 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus! LAWASkan media kita!
yeah!