4.30 PM Kateq berjumpa dengan pengurus liga berkaitan pemindahan Jojetudinho ke Silang Kaki
4.43 PM Syafiq menulis artikel "Jojetudinho Bakal Berhijrah"
4.45 PM Pengurus liga berhubung dengan orang utama dalam Casanova dan Silang Kaki
4.50 PM Jojetudinho membuat pengakuan beliau berpindah ke Silang Kaki
5.00 PM Jojetudinho disahkan pengurus Liga telah berpindah ke Silang Kaki - pengumuman disiarkan di twitter update
6.40 PM Perlawanan antara Silang Kaki dan Geng Kaca Mata menyaksikan Jojetudinho bermain untuk pasukan Silang Kaki
8.54 PM Sadid menulis artikel "Kontroversi Reporter, Pemain dipandang buruk". Dalam artikel ini, beliau mendakwa pemain itu telah dipinjamkan untuk 1 permainan. Beliau juga cuba menyalahkan Syafiq Azhari membuat berita palsu.
9.46 PM Anas mengesahkan perpindahan Jojetudinho ke Silang Kaki agar lebih jelas dan nyata, dalam artikel "Jojetudinho sah ke Silang Kaki"
10.50 PM Sadid menulis artikel "Kontroversi lagi, mana pergi kewibawaan reporter??". Beliau mendakwa Anas telah melakukan perkara yang sama dengan Syafiq.
11.17 PM Syafiq menulis artikel "Liga Wartawan Se-Malaysia (LAWAS) Gesa Henti Kontroversi". Beliau menegaskan Sadid cuba menjatuhkan imej dua wartawan utama liga tersebut. Gambar Jojet disiarkan mengesahkan perpindahan.
27 Apr 2009
12.02 AM Sadid cuba memutar belitkan maklumat dengan menulis artikel "Putar-belit maklumat, kontroversi kekal kontroversi". Faiz Kader dan Fuad didapati memegang kertas "Hentikan Kontroversi"
1.30 AM Thaqif menulis artikel "Spekulasi2..yg mana benar????" menyiarkan Avinash yang bakal beraksi menggantikan Jojetudinho.
11.40 AM Sadid meminta tolong Anas untuk mengedit videonya supaya boleh dipublish
5.18 PM Sadid menulis artikel bervideo "Fernando Nabil Yakin Dengan Kemampuan Casanova". Nabil mengakui bahawa Jojetudinho telah berpindah ke Silang Kaki,
"Pada pendapat saya, aa, pemergian Jojet ke Silang Kaki bukan satu masalah besar bagi kami...."
5.33 PM Sadid menulis artikel bervideo "Apakah Status Sebenar Jojet??". Dalam video tersebut, Hambali mengaku tidak mengetahui apa2 berkaitan pemindahan Jojet begitu juga Kateq.
6.30 PM Perlawanan Casanova dengan Hok Piye menyaksikan ketiadaan Jojetudinho yang memang sah di Silang Kaki.
7.52 PM Sadid menulis artikel "Casanova Kekalkan Kedudukan Liga FutsalCasa". Dalam artikelnya, ada disebut:
"Kami mengambil kesempatan 'transfer period' ini dengan menjual Jojet untuk memantapkan pertahanan kami dengan 2 pembelian pemain muda, dan jelas sekali kami berjaya mendapat 'clean sheet' pada permainan hari ini," ulas perancang pertahanan Casanova, Robertosadid de Zulhimi.
Timbul satu persoalan, adakah beliau punca utama perpindahan Jojetudinho?
Imbasan:
"Kami mengambil kesempatan 'transfer period' ini dengan menjual Jojet untuk memantapkan pertahanan kami..." ulas perancang pertahanan Casanova, Robertosadid de Zulhimi.
8.01 PM Anas menjawab persoalan2 Sadid dengan tenang kerana ternyata Sadid sudah memberikan jawapan dalam dialognya. Beliau juga mempublish video yang mendedahkan paksaan ke atas Kateq dan Hambali.
9.05 PM Sadid menulis artikel "Kekerasan Dibenarkan, Wartawan Dipersalahkan"
"Apa yang saya mampu buat adalah berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran kepada mereka ini, orang diluar sana tak tahu yang mereka ini sedang ditipu media Liga, disitu lah datangnya saya, untuk menunjukkan mereka berita yang SEBENAR tetapi apa la yang saya boleh buat jika mereka memilih untuk tidak mendengar berita saya dan memangkah saya," ulas sadid tentang hal kontroversi ini.
Kebenaran apakah yang Sadid maukan? Beliau telah mengatakan kebenaran sebentar tadi:
"Kami mengambil kesempatan 'transfer period' ini dengan menjual Jojet untuk memantapkan pertahanan kami..." ulas perancang pertahanan Casanova, Robertosadid de Zulhimi.
Adakah Sadid masih belum mengakui kebenaran. Semoga beliau kembali ke jalan yang benar.
Sila vote di Poll sebelah untuk mengundi pihak mana yang sepatutnya dipersalahkan.