May 6, 2009

Perlawanan Eksklusif Futsal Casa Bakal Diadakan

0 comments


Pengurus Casa, malam tadi, mengumumkan, Futsal Casa bakal diteruskan walaupun ada sesetengah pihak yang akan menarik diri atas alasan menyambung pelajaran. Apa yang masih belum diputuskan ialah cara liga ini disambung, kerana terdapat beberapa pendapat dalam hal ini.

Dalam menetapkan kelangsungan Futsal Casa, pengurus telah mengisytiharkan dua perlawanan eksklusif yang bakal diadakan setelah Liga 1 Futsal Casa tamat.

Perlawanan Eksklusif tersebut ialah:

1. Top Shooters vs Top Savers
2. Top Players (1-6) vs Top Players (7-12)
3. Top Scorers vs LAWAS

Nama-nama pemain akan dikeluarkan pada hari Jumaat selepas perlawanan terakhir tamat.

Shooter terbanyak akan menjadi kapten pasukan Top Shooters, manakala Saver terbanyak akan menjadi kapten pasukan Top Savers. Begitu juga dengan Top Players dan Top Scorers. Walaubagaimanapun, Presiden LAWAS akan menjadi Kapten pasukan LAWAS.

Menurut Presiden LAWAS, pemain pasukan LAWAS akan dipilih berdasarkan jumlah post tertinggi dalam blog. Sekiranya terdapat jumlah yang hampir sama, kualiti post akan dambil kira.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.