May 6, 2009

CEO tambah nilai tajaan

0 comments


Kejohanan Futsal Casa tidak dipandang sepi oleh masyarakat dunia. Kemunculan banyak bakat2 baru menambahkan lagi dana Futsal Casa. Encik Khairi, CEO ECM Libra yang sebelum ini meluluskan US$ 100.00, menambah CAD$ 50.00 lagi ke dalam akaun pengurusan Futsal Casa atas prestasi liga yang cukup membanggakan.



Pengurus R & D Futsal Casa, Frank Qayyum dan Nabil Omios yang juga merupakan pengurus bahagian sponsor, masih lagi dalam perbincangan dengan CEO tersebut kerana CEO dikesan bersetuju untuk menambahkan dana Futsal Casa sehingga USD$ 300.00. Dana ini akan digunakan untuk menampung kos majlis Finale yang akan dirancang diadakan secara besar-besaran.

Penajaan ini terus membuka mata ramai pelabur-pelabur asing yang kian yakin dengan prospek yang ditawarkan oleh Kejohanan Futsal Casa. Konsortium gergasi dari timur tengah, Al-Dadu yang pernah menyuarakan hasrat mereka membeli pasukan Casanova, beralih pandangan untuk membeli pasukan Plagiarism setelah menyaksikan Plagiarism mengalahkan pasukan Casanova 3-1.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.