May 1, 2009

Jangan Kontroversi LAGI, Anas Tinggalkan Casa.

0 comments
Presiden FutsalCasa, Anas bersalaman dengan Presiden LAWAS, Patrick sebagai peringatan terakhir buat Patrick untuk menjaga Kontroversi media FutsalCasa.

"Jangan kontroversi lagi!!," pesan Anas sebelum bertolak ke Hawaii untuk merehatkan minda dari pengurusan Liga FutsalCasa. Pengurusan FutsalCasa kini berada dibawah penjagaan Amemerudonondo Les Abey yang dikatakan akan mengambil alih untuk 3 hari.

Peringatan ini diberikan kepada Presiden LAWAS kerana beliau tidak mahu kontroversi tambahan mengganggu percutian beliau. "saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan tiada tuduhan yang tidak berasas terlepas dari pandangan saya, dan sekiranya ada tuduhan sedemikian, siasatan menyeluruh akan dijalankan (yakni tidak berat sebelah)," ulas Patrick dengan nada yang serius.

Anas dikatakan telah lama menempah percutian ini, cuma pengurusan Liga FutsalCasa tidak mampu melepaskan beliau dalam masa yang sibuk. Segala dakwaan percutian Anas sebagai mengelak masalah terutama masalah dalaman pengurusan adalah tidak berasas."Saya yang tempah penerbangan Anas sekeluarga ke Hawaii untuk berehat, tapi baru kini kami mampu melepaskan beliau kerana minggu ni tiada pengurusan yang penting yang memerlukan penyeliaan Anas," jelas Naib Presiden Liga FutsalCasa, Robertosadid De Zulhimi.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.