May 1, 2009

CEO Taja Kejohanan

0 comments

Kejohanan Futsal Casa dirancakkan lagi dengan kehadiran beberapa sponsor. Terbaru, Encik Khairi, CEO ECM Libra telah meluluskan cek berjumlah US$ 100.00 untuk disalurkan ke akaun pengurusan Futsal Casa bagi tujuan pembangunan. Dana tersebut akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan kejohanan termasuk program-program latihan dan pengurusan majlis Finale yang akan diadakan setelah berakhirnya kejohananan.

" Saya dengan ini menyerahkan cek berjumlah US$ 100.00 ini bertujuan membantu bakat2 baru di Malaysia untuk berjaya dengan lebih cemerlang dan gemilang sekaligus merancakkan lagi industri sukan tanahair", kata beliau lagi selepas merasmikan majlis pecah tanah di USJ 1. Tanah tersebut akan digunakan untuk membina gelanggang futsal baru yang bakal menelan kos RM1.2 juta ringgit.

Penajaan ini juga telah membuka mata ramai pelabur-pelabur asing yang kian yakin dengan prospek yang ditawarkan oleh Kejohanan Futsal Casa. Baru-baru ini, konsortium gergasi dari timur tengah, Al-Dadu menyuarakan hasrat mereka untuk membeli pasukan Casanova yang berpotensi besar untuk menjadi ejen promosi mereka di rantau ini. Pengambilalihan bagaimanapun masih dalam perbincangan awal.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.