Perlawanan antara dua Geng hari ini merupakan antara yang terbaik setakat ini. Berdasarkan daripada decibel bunyi sorakan dan tahap keghairahan penyokong akibat hormon yang melampau, memang tidak dinafikan lagi fakta ini yang telah dimasukkan dalam isu terbaru majalah Casa Impian.
Dua pasukan yang digelar bawah anjing atau underdogs ini menghidangkan permainan yang tidak disangka-sangka. Pasukan Geng Kaca Mata yang sememangnya tidak bersedia dan hanya bertawakal sahaja tidak menyangka akan dapat menjaringkan sebarang gol pada perlawanan kali ini sepertimana kata Aiman Nur kepada rakan seperjuangannya,"Dah ready nak kalah?"
TETAPI, rupa-rupanya Aiman Nur menyimpan taktik yang sangat bahaya! Beberapa hari sebelum perlawanan, Aiman Nur telah melakukan deforestation kepada kepalanya, menyebabkan global warming mikro akibat sinaran matahari yang dipantulkannya. Disebabkan itu, penjaga gol pasukan lawan, Geng Bas Casa, Zulhilmitos telah diserang dengan cahaya yang amat terang yang menyukarkannya untuk melihat bola lalu memudahkan Aiman Nur untuk menyepak bola melalui celah kangkangnya.
Selepas perlawanan, Aiman Nur diserbu oleh wartawan mengenai taktik "kotor"nya itu lalu dia hanya menjawab,"It was an accident [longhat Canada], saya tertukar sikat rambut ngan mesin rambut pagi Rabu lepas semasa bersiap untuk ke kolej. Ini la hasilnya [menunding jari ke kepalanya]".
Apr 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)