
Pertemuan antara dua geng yg berada di dalam liga casa pada petang tadi berakhir tanpa pertumpahan darah. Geng Bas Casa yg sebelum ini dipercayai terbabit di dalam kejadian yang menimpa Aiman Cahaya(nama sebenar) bermain seperti biasa.
Kedua-dua geng ini terkenal dengan keganasan mereka. Syukur kepada tuhan kerana Geng Bas Casa tidak membawa senjata mereka ke gelanggang iaitu Bas CASA! Keputusan 1-1 nampaknya telah menyebabkan pasukan Geng Kaca Mata menarik nafas lega memandangkan kapten pasukan mereka, Aiman Cahaya masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan lalu.
Aiman Cahaya apabila ditanya mengenai kejadian tersebut berkata; "Kejadian tersebut berlaku dengan pantas seperti bola yg dirembat oleh kak su. Saya tidak sempat untuk menahan 'bola' tersebut dari menghentak perut saya lantas menyebabkan saya cedera. Namun begitu, saya bersyukur kepada tuhan kerana memberikan saya peluang untuk bercahaya sekali lagi."
Wakil Geng Bas Casa, Azwanto Marcello apabila ditemubual selepas tamat perlawanan berkata; "Keputusan ini tidak adil! Pengadil tak nampak foul yg dilakukan oleh Aiman Cahaya ketika perlawanan kerana sinar cahaya dari Aiman sangat terang. Pengadil perlu memakai kaca mata hitam pada perlawanan Geng Kaca Mata yg seterusnya."
Pengurus liga casa, Anas AlwaysFair(AF) pada temubual yg berasingan berkata; "Kami tidak akan mengambil ringan perkara yg berlaku kepada Aiman Cahaya. Kami akan menugaskan seorang Pak Gad untuk menjaga Aiman setiap masa. Pak Gad tersebut akan mengikut Aiman ke mana sahaja, tidak kira waktu tidur, mandi, mahu pun waktu membuang big water"