Apr 26, 2009

Kontroversi Reporter, Pemain dipandang buruk.

0 comments
Reporter kontroversi Liga Futsalcasa, Patrick Azharuddin, akan menghadapi saman yang amat berat jika disabit kesalahan atas laporan yang mendatangkan kontroversi kepada pemain Liga Futsalcasa. Laporan beliau mengenai peralihan pemain 4 bintang setengah Casanova, Jojetudinho, ke pasukan Silang Kaki merupakan laporan palsu, kata kapten pasukan Casanova, Aiman Cameronaldo.

Kapten pasukan Casanova menegaskan bahawa pemergian Jojetudinho ke padang latihan pasukan Silang Kaki adalah kerana pemain tersebut telah dipinjamkan untuk 1 permainan sebagai latihan tambahan buat penyerang berkaliber pasukan Casanova itu untuk menentang Hok Piye isnin ini.

Jojetudinho yang ditanya semula mengenai spekulasi ini menerangkan bahawa beliau tidak pernah terfikir untuk bermain buat kelab lain selain Casanova, tetapi atas alasan persediaan perlawanan besar isnin ini, beliau telah membenarkan dirinya bermain untuk Silang Kaki yang berjaya menewaskan Geng Kaca Mata 2-0. Perancang Utama Casanova, Fernando Nabil berkata "mana ada reporter datang jumpa ngan saya, cakap pasal Jojetudinho, tahu-tahu je sudah keluar berita pasal pemindahan Jojetudinho, siap cakap wakil kelab Casanova tidak mahu memberi ulasan pulak tu. Bengang betol."

Mahkamah akan mula membicara kes ini rabu minggu hadapan, dan jika Patrick disabit kesalahan, dibawah akta [ A-18-12/xboleh menipu ], Patrick boleh dikenakan saman $150,000 atau tidak dibenarkan melaporkan sebarang laporan atau kedua-duanya sekali. Ketua Hakim, Alfonso Faiz-ul Wise, yang tidak mahu mengulas tahap keseriusan kes ini menegaskan bahawa beliau akan cuba sedaya upaya untuk memastikan perbicaraan dijalankan dengan telus.


wajah tenang Patrick ketika ditangkap Polis untuk siasatan

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.