Apr 26, 2009

Jojetudinho sah ke Silang Kaki

0 comments
Kemelut kontroversi pemindahan Jojetudinho ke Silang Kaki diselesaikan oleh pengurus liga Futsal Casa, Anas Amios. Jojetudinho disahkan menandatangani kontrak bersama pasukan barunya, Silang Kaki. Pengakuan dibuat sendiri oleh Jojetudinho, dan pertukaran dibuat secara aman.

Sementara itu, perlawanan Silang Kaki menentang Geng Kaca Mata juga disahkan oleh pengurus liga. Perlawanan yang menyaksikan kehadiran pemain Geng Bas Casa, Zulhilmi dalam pasukan Silang Kaki, didapati merupakan kesalahan pengadil dari Taiwan, Syahmi Keng Keng. Pengadil tersebut bakal dikenakan tindakan susulan. Dalam masa yang sama, lembaga disiplin menetapkan bahawa Zulhilmi yang didapati bersalah akan digantung perlawanan selama 7 minit atas kesalahan tersebut.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.