Liga Wartawan Se-Malaysia semalam secara rasminya menubuhkan Badan Bebas Tuduhan & Hasutan (BETAH) bagi menjamin kualiti dan integriti wartawan-wartawan yang bernaung di bawahnya. Wartawan-wartawan yang cuba menimbulkan kontroversi yang tidak berasas akan disiasat dan hukuman berat akan dikenakan jika sabit kesalahan. Presiden LAWAS, Dr. Syafiq Al-Carthy menjelaskan bahawa badan ini ditubuhkan atas usahasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kebebasan bersuara adalah hak milik semua. Namun kita tidak akan sama sekali berkompromi dengan manusia-manusia yang cuba untuk menjatuhkan maruah orang lain. Ini bukan konsep yang kita amalkan. Kita akan berjuang menentang golongan ini", kata beliau pada ucaptama Majlis Makan Malam '40 Lawas' sambil diiringi tembakan meriam sempena 40 tahun penubuhan LAWAS.
Bagi sesiapa yang ingin melaporkan salah laku wartawan cuba menimbulkan kontroversi dan kekacauan, sila hubungi talian bebas tol berikut:
Lawasonline : 888-232-9980 atau 888-232-9981
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
One Response so far.