Aug 14, 2010

Pembayaran Yuran Pengajian Bagi Pelajar U of T Tajaan JPA

4 comments
Website: jpa.gov.my
Salam Aiman,

Untuk makluman, Jabatan ini telah berhubung dengan Ms.Maria Moscon ‎(maria.moscon@utoronto.ca) berkenaan dengan yuran pelajar-pelajar tajaan JPA di Toronto. Beliau memaklumkan akan menghantar invois pada hujung Oktober 2010. Jabatan ini juga telah meminta beliau membenarkan pelajar-pelajar tajaan JPA mendaftar terlebih dahulu dan beliau te;ah bersetuju.

Adalah menjadi polisi Jabatan ini tidak akan membayar yuran selagi pelajar belum mendaftar & selagi belum terima invois daripada pihak universiti. Harap kamu dapat berhubung dengan beliau & maklumkan kamu pelajar tajaan JPA. Sila berikan surat financial affidavit kepada beliau.

Sekian, terima kasih.

Norhasriza Mohd Najid
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan Luar Negara 1
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Putrajaya

4 Responses so far.

  1. fa2din says:

    eh2, ak xboley antr pun email kt si maria.moscon tuh.. dh 3 kali ak antr kt email kt dye.. sume dpat failure notice..

  2. @fa2din: Sblm tu, status ko kat ROSI dah REG blum? Or masih lg INVIT? Check kat Personal Timetable ko sblh bwh tu. Kalu dah REG, x pyh risau la.

    Kalu blum REG, aku xtau apsal ko xleh hantar msg kat dia. Maybe inbox dia full kot. Ntah la. Aku hantar bleh je. Failure notice tu kata apa?

  3. fa2din says:

    oug.. xpe2.. ak pnye dh REG da.. ok2.. thanks.. n mmg xbley antr pun kt si maria tuh..

    error tuh tles, invalid mailbox..

  4. Xleh hantar ek? Pelik. Aku hantar ok je. Never mind. Janji dah REG :)

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.