Mar 17, 2010

Perutusan Dari Majlis Tertinggi Malaysian @ Dalhousie

3 comments
Photo credit: cbc.ca
Post ini bertujuan untuk memberi nasihat.sekarang ini boleh dikatakan saat genting bagi junior junior ICPU sekalian.kami baru sahaja berjumpa dengan Susan Dorey (wakil University Dalhousie yang datang ke Taylor tempoh hari). Beliau menyarankan kami untuk membuat post ini untuk membantu adik-adik membuat keputusan yang bakal menentukan masa depan anda. Jika tersalah pilih, musibahnya tanggung sendiri.

Cuba bayangkan, adik-adik berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan MARA/JPA, akan tetapi tidak mendapat unconditional offer dari mana-mana university di Kanada. Macam mana? UiTM la jawabnya. Mungkin perkara ini tidak perlu dirisaukan bagi golongan yang memperoleh average yang tinggi, tetapi bagi golongan yang memperoleh markah cukup-cukup makan macam mana?

Baik, kami tahu adik-adik bakal mendapat result IELTS tidak lama lagi. Bagi mereka yang mendapat markah yang tinggi (7.0 dan keatas), tahniah diucapkan in advance. Tetapi, bagi yang mendapat result yang kurang memberangsangkan, padan muka diucapkan. Sapa suruh ponteng kelas EAP...

Sebenarnya, adik-adik tidak perlu risau. Ada jalan penyelesaiannya. Post ini memang untuk membantu golongan seperti anda.

Perhatian kepada golongan-golongan ini:
  1. Memperoleh IELTS kurang daripada 6.5
  2. Average cukup cukup makan (bawah 85)

Tak payah pikir banyak, apply saja Dalhousie University.

Good Luck

p/s : Walaupun requirements untuk ke Dalhousie University rendah, ini tidak bermakna University ini tidak bagus. Dalhousie adalah antara university termantap di Kanada.

3 Responses so far.

  1. Shahro says:

    wow... straight to the point. I laik!

  2. Anonymous says:

    tajuk post mmg too much!

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.