Berakhirnya program ICPU pada awal Jun yang lalu menandakan bermulanya titik baru dalam kehidupan kita semua. Setelah setahun menuntut ilmu, Taylor’s College ditinggalkan, Casa Subang dalam kenangan, Bas Sauna dalam lambaian, namun, memori kita bersama tetap utuh tersemat dalam ingatan. Semoga segala pengalaman pahit dan manis yang telah ditimba sepanjang perkenalan kita semua digunakan sebaik-baiknya. Persahabatan yang terjalin kukuh diharapkan tidak berakhir di sini dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Tidak kiralah dimana sahaja kita berada, di Malaysia, di Canada, US dan sebagainya, berpeganglah pada prinsip diri kita sebagai seorang insan yang berhemah. Gunakan akal dan budi bicara dalam setiap perkara yang anda lakukan, jangan disandarkan kepada emosi semata-mata kerana kelak membawa binasa. Mungkin suatu hari nanti, ada antara kita yang akan menjawat jawatan-jawatan penting atau bergelar individu-individu berpengaruh yang sememangnya tidak mustahil sama sekali, kerana kita telah dilatih untuk menjadi pemimpin dan dilatih untuk memimpin. Namun, ingatlah rakan-rakan, sentiasalah berpijak di bumi yang nyata dan kekalkan jati diri anda.
Di mana anda bermula, maka di situlah anda akan berakhir. Sebarang prasangka atau perselisihan yang mungkin ada haruslah diketepikan. Kita semua tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, kerana manusia itu tidak sempurna.Oleh itu, marilah sama-sama kita saling bermaaf-maafan dan bersedia menerima orang lain seadanya. Usah diperbesar masalah yang lalu, kerana kita boleh bersatu. Kita harus menerima hakikat bahawa permusuhan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan melainkan kerugian.
Gabungan ini jika berkekalan bakal menjadi satu asset penting untuk kemajuan dan pembangunan negara, kerana anda semualah bijak pandai yang akan menjadi tulang belakang dan tunjang negara suatu masa nanti. Berbaktilah kepada negara pertiwi, tanah tumpah darah yang menjadi warisan nenek moyang kita dahulu. Tunjukkan kepada dunia bahawa negara kita Malaysia bukan sebuah negara kerdil dan rakyatnya hidup bersatu atas dasar perpaduan yang jitu. Binalah keharmonian demi generasi akan datang.
Jarak tidak akan memisahkan kerana semuanya berada di hujung jari anda dan blog akan menjadi medium perhubungan yang penting antara kita semua. Oleh itu, jadikanlah IcpuToday ini sebagai laman utama untuk menyampaikan maklumat dan berkongsi pendapat selain blog-blog peribadi yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kita hanya mampu merancang, namun Dialah yang akan menentukan. Selamat maju jaya kepada semua.

"Salam Ramadhan, Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia."
-IcpuToday -
quoted:
''Tidak kiralah dimana sahaja kita berada, di Malaysia, di Canada, US dan sebagainya, ..."
US? ada ke g us? curious
Pergh..hangat, manis, dan TERBAIK!
ade hasan pgi chicago...
"Saya pun igt yang 5 tu"
"sentiasalah berpijak di bumi yang nyata dan kekalkan jati diri anda"
"Di mana anda bermula, maka di situlah anda akan berakhir"
thanx!
sudah lama ketua wartawan tidak berkate2 dlm bm..haha
eh, ape name pertubuhan reporter futsal casa dulu?? lupe r..
lawas
mcm perutusan raja2