1. Assalamualaikum, Salam Kemerdekaan, Salam 1Malaysia dan Salam IcpuToday kepada yang sudah berada di Kanada, akan berlepas pada hari bersejarah ini, akan berlepas hari yang akan datang (kebanyakan kerana penangguhan penerbangan), dan tidak dilupakan yang meneruskan perjuangan di Malaysia.
2. Pada tarikh bersejarah ini kita menghayati erti kemerdekaan. Kalau orang terdahulu sudah bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu, apakah peranan kita? Kita membawa satu perjuangan besar untuk negara! Jangankan kesenangan yang kita capai dari hari ke hari menyebabkan kita merasa mudah.
3. Cuba kita bayangkan kita tidak capai kemerdekaan sehingga sekarang, dan kita lah yang memperjuangkan kemerdekaan itu. Apakah harapan kita pada generasi masa hadapan? Hidup senang lenang? Sudah tentu tidak. Sahabat2, struktur balik minda kita, berjuanglah di setiap saat yang ada. Dalam kesenangan, carila ruang-ruang untuk kita tidak merasa senang dengan apa yang kita ada. Kalau tidak, kita akan sentiasa berada di tempat yang kita berada.
4. Kesilapan yang kita buat dalam masa senang kita, menghasilkan kesusahan. Kebijaksanaan yang kita gunakan pada masa susah kita, menghasilkan kesenangan. Kesilapan yang selalu berlaku ialah kesombongan, mudah merasa senang - manakala sebab kita kekal lama dalam kesusahan ialah kerana ketakutan membuat perkara2 baru, memperjuangkan. Ayuh, bangkitlah! Saya akhiri dengan sebuah lagu:
Aug 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju dan sokong saratus peratus!
sama2lah kita mengambil iktibar..hidup Malaysia!!
yaaah, walaupun aku tak bace post ni (panjang sgt) hehehe, tapi aku tetap nak komen gak.
walau apa pun pandangan politik kita, kita mestilah bersatu hati dan bersatu padu memajukan malaysia. tanpa para pahlawan dan hero2 mase lalu, siapalah kita?