Aug 12, 2009

"FIQAH LUAR NEGARA "

1 comments
Bismillah.

PRECAUTION:
Guys,this post is in malay version.
kalau tak faham, suruh faas translatekan (weeee) :)
( I already posted this in my blog. Mr.President asked me to post it here. So, I use this method: copy and paste + edit )
Kamu semua tak kisah kan? =)

...

Dear brothers and sisters.

Seminggu lebih yang lalu, daffodil berpeluang menghadiri satu program yang khusus untuk mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke US dan Canada.
Turut menghadiri program tersebut adalah mereka yang telah pun melanjutkan pelajaran di seberang sana( balik bercuti).
Disampaikan oleh ustaz serta ustazah yang insyaAllah boleh dipercayai.
Ada sedikit perkongsian untuk kamu semua.
jom bersedia!

=)
...

MENJADI MUSLIM YANG ILTIZAM


1.NIAT
2.PERSEKITARAN
3.KAWAN
4.PENGHARAPAN = DOA


FIQAH LUAR NEGARA

•fardhu ain WAJIB diketahui dan disertai dengan perbuatan
•luar negara = dikira sebagai musafir
•islam ambil kira ‘musafir’ itu sebagai suatu kesukaran.
•Kene ingat, lain padang lain belalangnya.

•Guna rukhsah- KENE TAHU
•Berfikiran terbuka dan berlapang dada; kerana budaya dan suasana yang berbeza. Cara amalkan islam yang berbeza.
•Fiqah luar negara PENTING! Sebagai bekalan ilmu
•Kene SUKA MERUJUK PADA YANG PAKAR DAN PADA MEREKA YANG TAHU.

•TALFIQ- gabungkan pelbagai mazhab dalam hidup ini. ( boleh ).
Contohnya, di Malaysia, pasal zakat. Kalau ikut Mazhab Syafie’ , sepatutnya kene bayar ikut makanan ruji. Tapi apa yang kita amalkan ialah pakai duit. Bayar zakat pakai duit ni sebenarnya dari mazhab lain.( tak ingat mazhab mana satu :) ).

•NIKAH- berbeza ikut mazhab
•Maliki- lelaki, perempuan, wali, akad
•Hanafi- lelaki, perempuan, akad, saksi
•Syafie’- lelaki, perempuan, wali, akad, saksi
•TAPI, jangan pula digabungkan kesemua mazhab sehingga akhir sekali, nikah hanya tinggal: lelaki, perempuan,dan akad sahaja.

•Kalau pada suatu masa tu, tiada air atau debu, KENE TETAP SOLAT. Sebabnya, kita tak tahu kita mati bila kalau kita niat nak qoda’ solat lepas ada air/ debu nanti.
•Tentang ’tempoh musafir’, terdapat lebih daripada 20 khilaf.
•Kalau ikut mazhab Syafie’, kalau niat nak duduk selama 4 hari, itu bukan dikira musafir.

•Jamak- ada banyak sebab yang membolehkan kita lakukannya. Antara contohnya ialah, kalau perempuan dah hampir nak bersalin.
•Qasar- satu je sebab; iaitu ’musafir’
•Lebih baik qasar daripada jamak, yakni kene tunggu masuk waktu dan solat hanya separuh rakaat daripada bilangan rakaat yang sebenar.
•Lebih baik tak jamak daripada jamak :)

•Asas kejayaan? = berpegang teguh pada agama.
•MISG- persatuan pelajar islam US/ CANADA
•Jadilah orang yang mencari, bukannya hanya duduk menunggu

•Manisnya iman dan ukhwah/persahabatan adalah apabila kita memberi.
•Sentiasa jaga ukhwah dan kene banyak berkorban
•Jaga imej di sana nanti

•Perihal arak dan judi- ada banyak keburukan.

•Belajarlah dari budaya orang lain. Pelajari dan ambil apa yang berguna untuk bekalan di hari mendatang.
•Belajar sungguh-sungguh.:)


RECOMMENDED BLOGS.

http://zaadut-taqwa.blogspot.com
http://penyuluh.blogspot.com

...

p/s: Kalau berkesempatan, cuba cari buku 'Fikah Luar Negara' terbitan PTS oleh Mazlee Malik. Buku tu sebenarnya thesis dan dibukukan.
Kalau tak jumpa, cuba cari kat Masjid India. InsyaAllah ada banyak dijual di bookstore kawasan tu.

...

One Response so far.

  1. Unknown says:

    Wahh, boleh2. I bagi u je la..haha=p

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.