Jul 13, 2009

Super Fakh Kembali Ke Malaysia

0 comments
Setelah mendiamkan diri berikutan tamatnya Liga Futsalcasa, pemain terkenal tajaan Adidas, bekas pemain Sepak Kang! dan Plagiarism, Amir Super Fakh yg sebelum ini dikatakan telah menerima kontrak dari pasukan MU, kini telah kembali ke Malaysia.

Desas desus mengatakan bahawa Super Fakh kini kembali ke Malaysia berikutan perlawanan antara pasukan MU dan Malaysia pada 18 hb nanti. Namun ejen awam beliau, Mr. Abdullah Uptheab (bukan Pak Lah) mengatakan bahawa Super Fakh kini kembali ke Malaysia atas desakan keluarga dan juga desakan MARA, bukan atas sebab tugas.

“Keluarga beliau mendesak agar beliau meneruskan pengajian terlebih dahulu. MARA pula mencuba untuk menanamkan sifat cinta akan negara di dalam dirinya oleh kerana keadaan beliau sebagai pemain antarabangsa. MARA juga dipercayai akan mencuba untuk menyerap masuk Super Fakh ke dalam pasukan Malaysia selepas habisnya BTN. Mereka tidak mahu beliau menjadi pengkhianat negara.”

Sehubungan dengan itu, telah timbul khabar angin bahawa Super Fakh akan menentang pasukan MU di dalam perlawanan 18 hb nanti. Perkara ini masih lagi tidak mendapat sebarang ulasan dari ejen awam beliau, mahu pun dari Super Fakh sendiri.

Pada 8:08 malam semalam, wartawan Reuters telah melaporkan bahawa Super Fakh telah dilantik sebagai AJK Surau di Kem Bina Negara Meru, Klang. Beliau yg kini menjalani kem Biro Tata Negara turut disertai oleh beberapa pemain utama bekas pasukan beliau, Sepak Kang!

Super Fakh yg turut terkenal dengan laungan “Sepak kang” akan mengadakan beberapa sesi latihan dengan pemain2 Futsalcasa lain yg kini berada bersama dengan beliau. Perkara ini telah disahkan oleh beliau sebelum beliau berangkat ke Kem Bina Negara.

“Pemain2 Futsalcasa sebelum ni yg pergi ke Kem Bina Negara Tg. Rhu telah menyebabkan bola baru pecah semasa sesi latihan. Ingat hebat sangat ke sampai pecah bola 2? Aku Super Fakh lagi hebat la weyh. Korang tengok la nanti. POWER! (meniru gaya coach Futsalcasa terkenal dan pemenang coach of the week, Faiz Kader Wise)”

*Super Fakh semasa berada di kem latihan musim panas MU baru2 ini*


Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.