Jul 4, 2009

Futsal Casa: Sumber Penggerak Modal Insan

2 comments
Walaupun pra-musim pada kali ini tidak begitu meriah tanpa berita-berita hangat dan sensasi mengenai pasukan-pasukan Liga Casa. Namun, ada ura-ura mengatakan bahawa bekas pemain-pemain Liga Casa kini berkecimpung dalam arena perniagaan yang mampu menjana pendapatan sehingga 5 digit (RMXX,XXX). Ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan dan terbukti bahawa Futsal Casa bukan sahaja melahirkan pemain-pemain yang mampu menyerlah di persada dunia seperti Nabilomios (Real Madrid), Kateq(Manchester United), Super Fakh (Manchester United), Affan (Chonburi FC) dan Jojetudinho (FC Twente), malah ia juga mampu melahirkan usahawan-usahawan yang bakal menyinar dalam dunia perniagaan semasa. Kini, setelah berjaya menubuhkan Kinokuniya, sebuah megabookstore yang dikenali ramai dan amat popular dalam kalangan pencinta ilmu, mereka mengorak selangkah kehadapan dengan tertubuhnya Casakuniya yang bakal mencipta impak di Subang Jaya.



Para pemerhati ekonomi melihat bahawa Casakuniya berpotensi besar untuk menjadi peneraju dalam sektor jualan buku di Malaysia dalam masa terdekat. "Pesaing-pesaing mereka seperti MPH dan POPULAR pasti menghadapi cabaran dan penguasaan mereka dalam pasaran terbuka ini pastinya terjejas. Lihat sahaja projek mereka yang terdahulu, Kinokuniya, daripada sebuah kedai menjual buku secara kecil-kecilan, sekarang telah menjadi pemain utama di arena global. Hal ini juga tidak mustahil dengan Casakuniya dengan melihat kepada program pemasaran mereka. Saya pasti Casakuniya akan berada di mana-mana dalam jangka masa 3 tahun", kata Mr. Jimi Leonardi, penganalisis ekonomi dari firma TUC.

2 Responses so far.

  1. majulah casakuniya utk negara!

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.