Sebhagian besar pemain-pemain Liga Futsal Casa secara rasminya bakal meninggalkan kem kelab masing-masing setelah kempen 2008-2009 menutup tirai. Percutian musim panas selama kira-kira dua bulan bakal memberikan nafas baru buat para pemain setelah mengharungi musim yang penuh memenatkan dengan jadual perlawanan yang padat dan aksi yang berliku.
Casanova FC dan Silang Kaki de Futbol Club masing-masing dikhabarkan akan melancong ke Macau dan Solomon Island dan para pemain dijangka menerima durian runtuh sebanyak US$200,000 - US$300,000 seorang hasil persembahan menakjubkan sehingga membawa mereka memenangi kejuaraan liga dan UEFA Golden Cup. Dalam berita berasingan, Geng Bas Casa FC pula dijangka menerima 10 buah bas tambahan Honda F-15 Super Coach Double-Seat-Belt untuk kegunaan kelab bagi menampung jumlah penyokong yang makin bertambah.
Lain-lain pasukan seperti Plagiarism, Geng Kaca Mata dan Hok Piye serta Sepak Kang mengumumkan bonus 2 bulan buat para pemain mereka dan pihak pengajur futsal casa dengan kerjasama JPA dan MARA akan menaja tiket penerbangan pergi dan balik ke Makkah untuk mengerjakan umrah bagi yang beragama Islam.
Musim baru 2009-2010 Futsal Casa dijadualkan berlangsung selepas Olimpik musim sejuk di Montreal, Canada. Nantikan debaran dan kehangatan TM Futsal Casa yang bakal menggegar dan penuh aksi!!!
Jun 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)