Jun 8, 2009

Kisah Seekor Gajah

7 comments

Seorang petani bertemu seekor gajah di kebunnya. Anak gajah itu sebenarnya sudah terpisah daripada ibu dan kumpulannya. Dia membawa pulang anak gajah dan dirawat dengan baik. Tetapi, oleh kerana petani itu tidak memiliki kandang yang sesuai, anak gajah diikat pada sebatang pokok buluh kecil dengan menggunakan seutas rantai anjing yang sederhana saiznya.

Hari berganti hari dan anak gajah itu bertambah besar. Keinginan haiwan itu untuk hidup bebas juga bertambah tinggi. Setiap hari anak gajah yang beransur dewasa itu cuba melepaskan diri dengan menghentak-hentak kakinya dengan harapan supaya rantai itu akan putus. Tetapi usahanya itu tidak berjaya, malah kakinya pula mengalami kecederaan. Lama kelamaan keinginan gajah untuk melepaskan diri daripada ikatan rantai mulai berkurangan dan akhirnya harapan itu hilang sama sekali.

Gajah yang menjadi dewasa dan memiliki sepasang gading yang panjang itu masih lagi terikat pada sebatang pokok buluh kecil seperti waktu dia mula ditangkap dahulu. Sekiranya dilihat daripada sudut logik, sekarang gajah itu sudah pasti dapat melepaskan dirinya. Dengan sekali hentakan sahaja, rantai yang mengikat kakinya itu pasti terputus. Tetapi mengapa si gajah itu tidak mahu melepaskan dirinya? Kerana dia sudah pernah mengalami kegagalan sebelum ini, jadi dalam hati dan fikirannya, dia merasakan dia tidak mampu hendak melakukannya lagi.

Moral of the story:
Kehidupan kita sebagai manusia pasti ada jatuh bangunnya. Langit tidak akan selamanya biru, namun kita juga harus ingat bahawa awan mendung pasti akan berarak. Yang penting bukanlah bagaimana kita menemui kegagalan, tetapi bagaimana kita mencari jalan untuk menyelesaikannya dan bangkit dengan pembaharuan supaya perkara sama dapat dielakkan. Ramai manusia cenderung untuk menghukum diri sendiri atas kesilapan mereka dan ini akan menutup ruang pembaharuan dan mengikis keyakinan dalam diri. Kejayaan bukan diukur daripada kedudukan yang dicapai oleh seseorang dalam kehidupan tetapi daripada rintangan2 yang dan cabaran2 yang berjaya dilalui dan diatasi semasa berusaha mencapai kejayaan berkenaan. Maka disinilah letaknya nilai kehidupan yang bermakna.

7 Responses so far.

  1. Unknown says:

    welcome presiden lawas ke blognye.

  2. i1 says:
    This comment has been removed by the author.
  3. i1 says:

    Islam bezakan mu’min dengan ilmu (bukan dengan kerjaya)

    يَرْفَع اللَّه الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُم والَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْم دَرَجَات

    jgn tanya aku mksd dalil ni... tanya qurratul ain... haha...

    spt kata president lawas... usaha itu lebih penting...

  4. AmmarX says:

    haha..presiden lawas kini menukar cara penulisan

    lebih kepada nasihat berbanding lawak2

  5. Anonymous says:

    ALLAHUAKBAR!!!

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.