May 9, 2009

Transfer Window Dibuka

0 comments
http://www.bbc.co.uk/blogs/gavinstrachan/phone_getty438.jpg

Berikutan berakhirnya Liga Futsal Casa 2009, dan akan bermulanya Futsal Casa Golden Cup 2009, pengurus liga, Anas Al-Farisi, mengumumkan transfer window period bermula 9 Mei hingga 12 Mei 2009. Sebarang penukaran pemain selepas tarikh ini adalah tidak sah. Pemain yang bermain untuk pasukan lain selepas ini akan dikenakan denda mandatori RM20 bagi pasukan tersebut atau kalah perlawanan atau kedua-duanya sekali.

Transfer Window dibuka bagi memberi peluang kepada pemain yang kecewa dengan pasukannya, atau ingin mencuba nafas baru bersama pasukan lain. Transfer Window memberi peluang kepada kapten2 untuk membina strategi baru dalam pasukan masing2, mula berbincang untuk mendapatkan pemain2 baru dari pasukan lain atau yang belum ada pasukan.

Pemain yang ingin bertukar disarankan berbincang dengan ahli2 pasukan yang ingin ditukar, terutama kapten. Pertukaran dianggap sah sekiranya kedua2 kapten bersetuju dengan pertukaran dan dihadapkan/disahkan oleh pengurus liga TANPA perlu merujuk kepada semua ahli dalam pasukan. Jadi, kapten mempunyai kuasa veto dalam pasukan.

Semua pertukaran akan diumumkan dalam blog ini.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.