May 9, 2009

Sadid, PEMAIN Casanova atau MAINAN Casanova?

0 comments
Setelah mengaku bersalah atas tindakannya menimbulkan kontroversi sebelum ini, Sadid kini kembali dengan kontroversi terbaru. Tindakan Sadiddendang menimbulkan kontroversi berkaitan dengan penahanan jurulatih Geng Bas Casa telah menyebabkan integritinya sebagai seorang pemain dan juga sebagai seorang wartawan dipersoalkan.

*Sadid - Gambar hiasan*

Jurulatih Geng Bas Casa ketika ditemui berkata, “Gambar itu saya dan Azwan hantar kepada ahli lembaga penerbitan ICPU Magazine untuk diletakkan di dalam majalah sebagai jenaka. Tiba2 saya dapat tau yg gambar tersebut menimbulkan kontroversi saya ditangkap. Ini dongengan kanak2! Saya tidak sangka lembaga penerbitan turut mempunyai ahli korup seperti Sadid.”

Sadid yg juga salah seorang ahli lembaga penerbitan ICPU Magazine dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli lembaga untuk memanipulasi maksud sebenar gambar tersebut. Tindakan ini nyata telah mengecewakan presiden LAWAS, Syafiq ‘Super Patrick’ Star.
*syafiq ternyata kesal dengan tindakan Sadid*


“Saya tidak menyangka Sadid akan bertindak dengan keji. Saya telah memberikan amanat yg besar agar beliau memberikan berita benar kepada warga Casa Subang. LAWAS mungkin tidak akan mengambil tindakan ke atas Sadid, tetapi Allah tidak akan melepaskan kesalahan yg dilakukan oleh Sadid sekiranya Sadid tidak bertaubat dengan segera,” ulas presiden LAWAS, Mr. Star.

Sadid yg merupakan salah seorang perancang utama bagi pasukan Casanova itu nyata telah memalukan pasukannya. Gelaran Casanova yg sering diberikan kepada lelaki kegilaan para gadis yg turut digunakan sebagai nama pasukannya juga kelihatan tidak sesuai dengannya pada ketika ini.

Tindakannya menimbulkan kontroversi tidak berasas ini dikatakan telah dipengaruhi oleh emosi, bukan kewarasan akal fikiran dan dipercayai telah disebabkan oleh kekalahan pasukannya menentang salah sebuah pasukan ‘sayur’, Plagiarism. Tindakannya yg mengikut emosi itu telah meletakkannya pada taraf seorang wanita, di mana tindakan seorang wanita sering didorong oleh emosi, berbanding dengan kewarasan akal.

Kini timbul persoalan utama, adakah Sadid masih layak untuk digelar sebagai PEMAIN Casanova, seorang lelaki yg digilai wanita? Atau adakah beliau hanya layak untuk digelar sebagai MAINAN Casanova, seorang wanita yg didorong oleh emosi yg sering menjadi mangsa kepada seorang casanova? Tidak kira yg mana gelaran yg layak dipegang olehnya, warga Casa Subang berharap agar Sadid bertaubat dengan segera dan berhenti menimbulkan kontroversi2 yg akan menganggu perjalanan Liga Futsalcasa.
*diharap sadid bertaubat dengan segera*

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.