May 8, 2009

Petr Syafiq bersalah?

0 comments
Bintang pertahanan skuad Hok Piye, Petr Syafiq kini disiasat atas dakwaan mengatur perlawanan. Pemain yang menerima jolokan “The Bullet” itu diminta hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan terhadap tuduhan itu.

Beliau telah melepaskan gol mudah Helmi Dondano ketika menentang pasukan Plagiarism dan mengakibatkan pasukannya kehilangan dua mata kerana seri.

“Saya tidak sengaja melepaskan gol itu. Ia hanya kesilapan. Sesiapa saja melakukan kesilapan. Namun, ia lebih bermaruah daripada menjaringkan gol sendiri.” ujarnya.

Mengulas lanjut tentang tuduhan yang mengatakan beliau menerima rasuah, beliau berkata: “Saya mengaku tidak dibayar ape2 oleh pihak Plagiarism. Nak mintak koko-crunch pun diorang tak bagi.

Kapten Hok Piye, Tangkip Menangkip Takif berkata bahawa sebagai rakan sepasukan, mereka tetap memberi semangat kepada Bullet supaya meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Apa yang membimbangkan, perkara ini akan menjejaskan moralnya untuk mengambil test Calculus pada hari esok (hari ini).” ulasnya semalam.

Namun, pendapat Bullet nyata bertentangan (orthogonal) dengan Helmi Dondano. “Gol saya bukan gol nasib. Itu memang gol cantik. Projectile bola itu nyata mengelirukan dia (Bullet). Saya sudah lama membuat calculation untuk mengambil sepakan percuma. Nyata teknik tersebut membuahkan hasil” bebelnya panjang.

Keputusan mahkamah akan dibuat sebelum 11 Mei. Jika didapati bersalah, Bullet akan dikenakan penalty 30 jam komuniti servis dan RM10000 saman kompaun. (AFP..)
gambar hiasan: defendan

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.