May 9, 2009

Fernando Nabil Dalam Dilemma

0 comments
Setelah musim pertama Liga FutsalCasa berakhir, Fernando Nabil telah menyuarakan hasrat beliau untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejurulatihan dan taktikal bola yang mungkin akan mengakibatkan kekurangan jentera serangan Casanova. "Nabil tu muda lagi dan banyak lagi yang dia boleh kecapi, tapi kita kena faham yang Nabil nampak lebih jauh dari kita semua," ulas pemain senegara, Robertosadid De Zulhimi.

"Saya dah lama berhasrat nak sambung belajar, memang menjadi impian saya untuk melatih pemain-pemain Casa untuk menjadi lebih berjaya," ujar Nabil mengenai impiannya. Kapten Casanova, Aiman Cameronaldo menegaskan tiada keputusan akhir yang telah dibuat oleh Nabil secara rasmi dan sekiranya beliau tidak berbuat demikian dalam "transfer season",beliau akan masih bersama dengan Casanova bagi musim kedua Liga FutsalCasa.


Gambar Nabil yang telah mula mengambil kursus kejurulatihan dan taktikal bola.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.