May 8, 2009

Acal diserang penyakit misteri??

0 comments
Bintang Kaca Mata, Acal Ya Ha Putra disahkan oleh pihak SJMC menghidap sejenis penyakit misteri yang masih gagal dikenalpasti puncanya. Bekas penyerang kebangsaan itu dikatakan mengalami mimpi yang aneh pada suatu malam sehingga dia meracau-racau keseorangan. Keesokan harinya, kaki kanan Acal mula membengkak. Pada mulanya dia menyangka kakinya mungkin terseliuh ketika sedang tidur, namun bengkak di kakinya semakin teruk dan kerap kali mengeluarkan bunyi dengungan sehingga mengganggu penghuni2 flat kasa subang ( sebelah parking Mydin). Mungkinkah gejala ini ada kaitan dengan selsema babi?? Doktor pakar dari US menyarankan agar kakinya dibedah dengan segera untuk menyelamatkan nyawanya yang amat berharga. Kos pembedahan dianggarkan berjumlah US$ 200000.00. Acal ketika ditemui redha dengan nasib yang menimpanya dan menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang terbuka. "Acal terima je apa yang Tuhan bagi. Mungkin ada hikmahnya Acal ditimpa penyakit ni, apakan daya, doakan saya", kata Acal dengan nada sayu. Keluarga Acal merayu agar orang ramai terutamanya penyokong setia Geng Kaca Mata agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebannya.
Ahli Keluarga Acal menunjukkan kakinya yang membengkak


Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas anda, sila derma ke Tabung 'Kesian Acal' melalui akaun bank berikut:

Maybank- 5678 8979666 899-1
Public Bank- 89797973-090-90
Cimb Islamic- 9898741013-1
BSN- 89973618-11-908
Western Union- 8981927001-009-1

Atau taip dan hartarkan kepada 38889

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.