Apr 24, 2009

Pertemuan Hidup Mati

0 comments
Menjelang pertemuan klasik antara Geng Bas Casa dan Geng Kaca Mata pada petang ini, persiapan GKM sedikit terjejas apabila tonggak tengah Geng Bas Casa, Aiman Cahaya yang baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut akibat dibelasah sekumpulan samseng belum pasti diturunkan.

Aiman yang sedang diintai oleh beberapa kelab ternama Eropah sedang bergelut dengan masa untuk kembali cergas sepenuhnya. Jurulatih GKM ketika diminta mengulas berkata," Sejak beberapa hari lalu, dia hanya mengikuti latihan ringan dan kelab kami mempunyai pakar phisio yang hebat yang sedang bertungkus lumus bagi memastikan dia cergas sepenuhnya, itu saja ya".

Aiman ketika ditemui berkata,"Saya bersedia untuk diturunkan petang ini, sejak beberapa hari lalu, saya begitu gigih berlatih melakukan hantaran2 silang dan rembatan kencang bagi menggegar gawang GBC, bagaimanapun lutut saya masih lagi terasa sakit".

Dalam pada itu, kapten Geng Bas Casa, Eto menegaskan yang pasukannya akan turun habis-habisan bagi memburu kemenangan sulung. "Kami akan berjuang hingga titisan darah terakhir, dalam perlawanan sebelum ini, kami cuma xde luck je untuk menang so petang ni kami akn cuba untuk menang la kan", ujar Eto. Perlawanan di Stadium Utama Casa pada petang ini dijangka dipenuhi ribuan penyokong kedua-dua pasukan yang begitu excited sekali. Sekumpulan penyokong GKM yang rata2 berkaca mata ketika ditemubual melahirkan keyakinannya mengenai kemampuan pasukan mereka samnbil berkata,"Kami yakin GKM akan menang besar pada petang ini".

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini nyata berpihak kepada Geng Kaca Mata apabila mereka menewaskan GBC 5 kali dalam 7 perlawanan dan seri sebanyak dua kali. Kemenangan amat diperlukan kedua-dua pasukan bagi mencerahkan lagi peluang mereka merangkul kejuaraan tahun ini.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.