Apr 30, 2009

Padang Stadium Berbahaya

0 comments
Permukaan padang Stadium Tertutup Bombay dikatakan kurang memuaskan dan pihak penganjur telah menerima banyak kritikan dan rungutan daripada pemain-pemain dan jurulatih Liga Futsal Casa. Hal ini merupakan sesuatu yang memalukan memandangkan status kejohanan yang bertaraf 5 bintang dan tertua di Asia. Terbaru, pengulas sukan ESPN, John Dykes memberi komen beliau mengenai situasi ini, beliau yang fasih berbahasa Melayu berkata,"Keadaan padang tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan akan menyebabkan pemain mengalami gelinciran yang amat sangat, ini tidak baik sama sekali kerana akan mengganggu tempo perlawanan", ujarnya.

Padang Stadium yang mempunyai ciri2 multiple-function sehingga boleh ditukarkan menjadi taman tema air pada musim hujan bakal menelan kos 1.4 juta pound untuk dibaik pulih. Pihak pengurusan baru-baru ini berkunjung ke Nou Camp bagi meninjau jenis rumput yang ditanam untuk digunakan di sini. Bagaimanapun, sejurus selepas pulang ke tanah air, sekumpulan penentang dipercayai penyokong kuat Asiah membantah keputusan tersebut.

Penyokong-penyokong kuat Asiah membantah dengan mengadakan perhimpunan di hadapan Bombay.

Mereka berarak dari kediaman rasmi Asiah A-01-01 ke Stadium Tertutup membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan rumput baru berkenaan. Mereka berhimpun dan berkubu di hadapan Bombay dilengkapi dengan senjata mudah alih Vacuum Cleaner 50mm Short Range, Light Broom FireLauncher dan bom tangan. Kejadian tersebut menakutkan pekerja2 stadium lantas memberhentikan operasi membaik pulih rumput stadium. Bagaimanapun, perhimpunan seramai hampir 500 orang yang diketuai oleh Asiah Kecik itu berakhir selepas 2 jam tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


Kerja-kerja pembaikan terpaksa dihentikan berikutan bantahan

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.