Apr 27, 2009

Perlawanan Plagiarism vs Kinked Demand ditangguh

0 comments
Para penyokong ke2-2 pasukan ini terpaksa menunggu pada mase depan kerana perlawanan ditangguh atas akibat yang tidak dapat dielakkan.

Bintang Plagiarism kelahiran Chile, Patrique Gonzalez (bukan reporter kontroversi) telah direman kerana sawan mabuk di pub Bombay Chilli, pada larut malam tadi. Dia akan dihadapkan ke mahkamah majistret Sri Lanka pada pagi esok serentak bersama wartawan yg hot, Encik Patrick Azharuddin untuk membela diri masing2.


So, pemain2 skuad Plagiarism meminta perlawanan pada petang ini ditangguhkan kerana Patrique Gonzalez perlu berangkat ke Sri Lanka menaiki FireFly utk diadili hakim Waisul-Kadiaq dan Pausie.

Sementara itu, playmaker Kinked Demand yang diimport dari Belarus, Saidiyev Izudinovic (Izzudin Saidi, name dlm facebook) berkata bahawa ini adalah peluang terbaek buat pemainnya merehatkan diri (padahal bz).

"Ramai pemain kami baru pulang selepas membantu Kelantan memenangkan Selangor pada Piala FA kelmarin. Jadi, mereka semua penat2 belaka kerana kesemuanya terpaksa beraksi utk 120 minit selepas terikat 0-0 pada 90 minit yg pertama", ulasnya lanjut.

P/S: Bagi sesiapa yang belum mendapatkan tiket perlawanan FutsalCasa, sila hubungi kaunter tiket berhampiran atau telepon saje 0137006292 (Cik Molina)

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.