Apr 23, 2009

Lima ditahan Bantu Siasatan

1 comments

Geng Kaca Mata bakal menghadapi masalah menjelang pertemuannya menentang musuh tradisi, Geng Bas Casa apabila tonggak utama pasukan Aiman Cahaya(nama sebenar) cedera parah dipercayai dibelasah oleh sekumpulan samseng. Pemain yang pernah mewakili kelab High Flyers United itu ditemui dalam keadaan memilukan oleh seorang guard yang sedang membuat rondaan di Casa Subang Shopping Centre.

Guard terbabit yang enggan dikenali mendakwa mendengar bunyi bising dari bahagian luar Kedai Kak Su sebelum bergegas keluar untuk membuat pemeriksaan. " Ini..ini saya nampak aa itu macam ada satu orang banyak cahaya..mula-mula saya ingat itu asing punya makhluk tapi bukan..saya pergi dekat baru kenal itu punya striker Geng Kaca Mata", ujarnya. Sumber-sumber ada mengatakan bahawa pekerja kedai Kak Su ada terlibat dalam kejadian tersebut, namun demikian Kak Su yang menyangkal tuduhan tersebut mendakwa dia ada melihat kelibat beberapa pemain Geng Bas Casa sebelum kejadian.

Kes menjadi lebih rumit apabila Geng Kaca Mata telah menfailkan saman terhadap pengurusan Futsal Casa kerana gagal memberikan perlindungan yang secukupnya terhadap pemain tersebut. Aiman yang cemerlang ketika beraksi menentang Plagiarism mungkin menjadi sasaran pasukan lain disebabkan sikap beliau yang agak agresif di tengah padang selain kerap kali menyilaukan pandangan pemain lain dengan cahaya yang amat kuat.

Polis sedang menyiasat motif kejadian yang dipercayai mempunyai unsur khianat. Lima pemain dari Liga Futsal Casa yang dirahsiakan identiti mereka telah ditahan bagi membantu siasatan.

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    "Wah, siapakah itu?!", kata seorang awek kepada kawan-kawannya.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.