Apr 26, 2009

Liga Wartawan Se-Malaysia (LAWAS) Gesa Henti Kontroversi

0 comments
Presiden Liga Wartawan Se-Malaysia (LAWAS, Ahmad Burhanuddin ketika berucap pada sidang media selepas Majlis Makan Malam Bersama Menteri memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan imej ahli anggota gabungannya. " Kontroversi yang membabitkan dua anggota kami harus dihentikan serta-merta, ini akan menjatuhkan prestij dan imej Liga sama sekali, pihak-pihak yang berkenaan harus dihukum bagi memberi pengajaran kepada orang lain", ujar Ahmad sambil diikuti laungan takbir para penyokongnya.

Sambil itu, pendedahan wartawan Kosmo, Kamal Ahmad mengenai isu perpindahan Jojetudinho baru-baru ini berjaya menjawab tuduhan.



*Jojetudinho dirakam ketika meninggalkan kem Casanova dipercayai menuju padang latihan Silang Kaki- Reuters




*Jojetudinho ketika menandatangani kontrak. Turut berada dalam gambar ialah Pengerusi LigaCasa dan wakil dari Silang Kaki bersama seorang saksi- Kosmo


Dalam temubual berasingan, dua ahli gabungan Liga Wartawan Se-Malaysia (LAWAS) menegaskan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan mereka. Syafiq mendakwa," Sebelum ini saya ada menerima SMS ugutan dari pihak tertentu, dalam SMS mereka ada cakap akan jatuhkan saya jika siarkan berita pasal perpindahan Jojetudinho", katanya sambil menunjukkan bukti SMS tersebut.


*Syafiq menunjukkan SMS ugutan yang diterimanya daripada identiti yang tidak dikenali

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.