
Setelah berjaya menyerlah dalam kejohanan Futsal Casa, Fernando Nabil de Lomios atau Muhammad Nabil telah berjaya memikat kelab utama Liga Primera, Real Madrid. Menurut scout kelab tersebut, Sebastian Tanpanama, Nabil de Lomios mempunyai ketajaman dan skill yang diperlukan bagi memperkuat barisan sedia ada bagi menghadapi musim baru liga Primera.
Salah seorang pemain Real, Arjen Robben ketika ditemubual menyatakan, "Ketinggian nabilomios yang boleh mencecah sehingga 3 meter pada waktu malam akan menjadi aset utama pasukan". Pemergian Nabilomios ke Santiago Bernabeu setelah berakhirnya musim Liga Casa akan menjadikannya pemain kedua negara berkelana ke bumi Eropah selepas Super Fakh.
Namun begitu, ketika ditemubual kebimbangannya mengenai soal makanan, katanya,"Saya sangat teruja utk bermain di Eropah, tapi saya mungkin akan merindui makanan2 tradisional Malaysia seperti Ikan Masak Pedas Asam Jawa Mister Potato, Daging Merah Cili Api Masam2 Manis dan juga Kailan Masak Tomyam Akar Kangkung Kurang Manis".
Apa yang menjadi kontroversi ialah Nabil de Lomios secara senyap2 menandatangani kontrak tanpa berunding terlebih dahulu dengan pengurus Casanova FC, Syahmi Awang Selamat a.k.a. Kakengtot. Kontrak selama 3 minggu setengah itu berkuat kuasa setelah berakhirnya Kejohanan Futsal Casa Mei depan. Seorang peminat Nabil de Lomios dari Kelantan berkata," PokCik raso Nabelomioh ni budok baguh, PokCik tengok dio rembak bola kuak sungguh, mace Roberto Carlos dulu2. Kalu tengok dio gelecek tengoh pade tu mmg sedak r. Tu je la PokCik nok kabo, kalu ade mende g nok tanyo jange lupo SMS la PokCik".
Ura-ura daripada Tribal Football ada mengatakan bahawa Fernando Nabil de Lomios sedang dipancing oleh Alex ferguson sebagai swap deal untuk menggantikan Cristiano Ronaldo yang berkemungkinan besar sekali akan berpindah ke Real. Walau bagaimanapun, fikiran Nabil de Lomios masih berkecamuk dan ragu-ragu utk berpindah memandangkan beliau sedang memegang jawatan Kapten Real Madrid buat masa ini. - dipetik dari Sportscentre -