Apr 23, 2009

Casanova Rampas Kedudukan Pendahulu

0 comments

We are the champion!!


Casanova de Futbol Club berjaya membuktikan status mereka selaku favourite setelah menumbangkan Sepak Kang! FC 2-1. Pertembungan yang amat dinanti-nantikan oleh peminat2 Futsal Casa antara Sepak Kang! FC dan Casananova de Futbol Club berlangsung dengan hangat lewat petang tadi. Kedua-dua pasukan yang menghuni tangga pertama dan kedua liga bersaing bagi mengisi slot pertama. Perlawanan berlangsung lewat dari yang dijadualkan akibat masalah teknikal.

Bagi skuad Sepak Kang, pembebasan seorang anggotanya, Fuad yang dikatakan meracun Super Fakh merupakan satu berita baik. Fuad yang bermain cemerlang selaku centre back kerap kali menyelamatkan kubu pasukannya yang bertubi-tubi diasak Casanova. Bagaimanapun, strategi Sepak kang! untuk bermain secara defensive nyata berhasil dengan berjaya melancarkan serangan kilat yang nyaris-nyaris menghasilkan gol.

Perlawanan separuh masa berlangsung hebat namun tiada gol berjaya dihasilkan. Bermula separuh masa kedua, Casanova yang terus mengasak berjaya menyumbat gol pertama menerusi Syahmi hasil lorongan cantik Sadid. Tidak lama kemudian gol kedua menyusul hasil rembatan padu Fernando Nabil berpunca daripada kesilapan pertahanan.

Namun begitu, Azri Kecik berjaya merapatkan kedudukan menghampiri minit akhir permainan menjadikan persaingan terus rancak. Serangan bertubi-tubi dilancarkan oleh Sepak Kang!, namun harapan untuk menyaksikan kebangkitan mereka gagal.



Nabil dan Sadid menitiskan air mata gembira



kapten kedua-dua pasukan bersalaman sebelum perlawanan



Pak guard tampak gumbira dengan prospek perlawanan pada petang tadi memberi isyarat supaya perlawanan dimulakan

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.