Apr 27, 2009

Casanova Kekalkan Kedudukan Liga FutsalCasa

0 comments
Kemenangan ke-empat berturut-turut buat Casanova telah meletakkan pasukan tersebut ditangga teratas Liga dengan 2 mata dihadapan pencabar terdekat, Sepak Kang FC dengan 1 perlawanan didalam tangan.

Walaupun Casanova dilanda kemelut kontroversi akibat wartawan-wartawan yang tidak bertanggung-jawab, namun begitu permainan Casanova tetap kukuh dan bersedia untuk meneruskan musim Liga FutsalCasa."Ketiadaan Jojet tidak dirasai," ujar ketua pasukan Casanova, Aiman Cameronaldo. Beliau juga menegaskan bahawa kemasukan 2 pemain muda, Arshavinash dan Andrew Faiz el Azmi akan menggegarkan Liga FutsalCasa. "Kami mengambil kesempatan 'transfer period' ini dengan menjual Jojet untuk memantapkan pertahanan kami dengan 2 pembelian pemain muda, dan jelas sekali kami berjaya mendapat 'clean sheet' pada permainan hari ini," ulas perancang pertahanan Casanova, Robertosadid de Zulhimi.

Leave a Reply

 
Powered by Blogger. Designed by DheTemplate.com. Customized by Aiman Azlan.

From students. For students.