
Adidas secara rasminya akan menaja pemain tonggak pasukan Sepak Kang! setelah pemain tersebut secara sah menandatangani kontrak selama 4 minggu di ibu pejabat Adidas di Wolfsburg.
Kontrak tersebut meletakkan nama Amir atau lebih dikenali sebagai 'Super Fakh' sebagai antara pemain sukan yang menerima gaji termahal sebaris dengan pemain-pemain terkemuka yang lain seperti Tiger Woods, Rafael Nadal dan Cristiano Ronaldo.
Ikuti interviwew Amir bersama wartawan TV3:
Wartawan : Apakah perasaan anda setelah dianugerahkan tajaan Adidas?
Amir : Alhamdulillah, syukur sangat2, sebelum inipun saya pernah apply sponsor2 yang lain, tapi cuma Mara je yang sanggup sponsor saya, so tajaan Adidas ni agak mengejutkan jugak la..
Wartawan : Apakah rahsia anda sehingga mendapat tajaan Adidas?
Amir : Sebenarnya tiada apa2 yang luar biasa, cuma saya akan menunaikan solat hajat setiap malam, selain itu saya juga mengamalkan diet oat pada setiap pagi. Saya juga selalu melaungkan ucapan "Sepak Kang!!!" setiap hari untuk menaikkan semangat dan motivasi saya.
Wartawan : Apakah anda ada mengamalkan cara latihan yang tersendiri?
Amir : Owh, ada, saya akan meluangkan masa petang saya bermain FIFA 2008(outdated) kerana permainan ini dapat menajamkan skill2 saya selain belajar teknik2 baru seperti QD(placing), QS(one-two) dan byk lagi.
Wartawan : Difahamkan anda ada mendapat tawaran daripada Manchester United utk menggantikan Cristiano Ronaldo, boleh saudara explain?
Amir :(dengan bangganya) Err, Sir Alex Ferguson ada menghubungi saya baru2 ini, dia ada menyatakan hasratnya untuk sign saya sebagai striker utama skuad ketiga. Selain Manchester, Barcelona dan Real Madrid juga ada menghubungi saya.
Wartawan : Terima kasih saudara Amir kerana sudi diinterview
Amir : It's ok, not a big deal